Adab Memakai Imamah

ADAB MEMAKAI ‘IMAMAH (SORBAN)

Telah di sebutkan di dalam Kitab Al-Adab yang telah dihimpunkan oleh Sayyid Muhammad Amin bin Idrus, iaitu hasil daripada himpunan adab yang telah beliau pelajari daripada Al-‘Allamah Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith, bahawasanya memakai imamah itu ade beberapa adab :

1. Warna imamah yang terlebih utama adalah berwarna putih.

2. Apabila memakai imamah, hendaklah berserta ‘adzabah yakni hujung imamah dibiarkan tergantung (ekor serban). Ukuran paling sedikit ekor serban ialah empat jari, pertengahannya sejengkal, dan yang paling panjang ukuran ekornya ialah satu dziro’ atau setengah meter/sehasta.

3. Memakai imamah ketika akan solat, kerana solat memakai ‘imamah lebih afdhol dari 70 solat tanpa imamah. (Sila rujuk Bughyatul Mustarsyidin, Kanzul ‘Ummal).

4. Niat memakai dengan niat agar mendapat doa para malaikat.

5. Menjaga kebersihan imamah serta mewangikannya.

6. Niat yang baik ketika memakai seperti mengikut sunnah Rasulullah ﷺ dan untuk menambah sifat lemah lembut pada diri, kewibawaan dan kemuliaan.

7. Memakai imamah atau serban dalam keadaan posisi berdiri. Hal ini kerana diriwayatkan dari sebahagian ulamak memakai imamah dalam keadaan duduk merupakan salah satu daripada asbab dapat kepapaan atau kemiskinan. (SIla rujuk Taalim Mutaalim).

8. Apabila hendak melepaskan atau membuka imamah hendaklah dilepaskan secara tertib, perlahan-lahan seperti memakainya.

9. Membaca ayat kursi ketika memakainya.

10. Hendaklah memakai imamah sebagai tanda perbezaan antara Muslim dan orang-orang kafir.

11. Ukuran panjang imamah hendaklah tidak lebih dari tujuh hasta atau 3,5 meter dan lebih utama tidak melebihi batas ukuran badan dan tingkat ilmunya. (Walaubagaimanapun terpulang kepada tarbiah guru kerana masing-masing ada kaedah yang tersendiri).

12. Niat juga memakai imamah untuk mencontohi para malaikat. (Sila rujuk Jauhar Mauhub wa Munabbihatul Qulub)

Wallahualam…

SEBARKAN, SEMOGA SAHABAT LAIN BEROLEH MANFAAT.
INSYAALLAH

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s